ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Saturday, May 26, 2012

Al-Adab Al-Muqaran


Allah SWT mencipta manusia dengan pelbagai watak, warna dan bahasa. Allah SWT kemudian memerintah manusia untuk saling kenal dan sillaturrahim. Memperluas wawasan dan pengalaman. Berbagi cerita dan pandangan. Setiap bangsa memiliki ciri meraka yang khas. Gaya bahasa, corak pemikiran, kebiasaan dan adat tentunya jauh berbeza antara satu dan yang lain. Ia membuatkan ada suatu bangsa yang diatas dan ada pula yang dibawah, sesuai dengan kelebihan dan keutamaan masing-masing yang Allah SWT karuniakan. Pada masa yang sama, Allah SWT membuka pintu untuk saling belajar dan saling tukar fikiran supaya semua mampu berusaha untuk berubah.

Saidina Umar AL-Khattab ketika mengutus pasukan membuka kota-kota di luar tanah Arab turut memperhatikan perihal ini. Beliau kemudian menulis surat kepada pasukannya yang berbunyi, “Kita adalah orang Arab yang dijadikan pembuka bagi kota-kota ini. Gambarkanlah untukku bagaimanakah keadaan kota-kota yang kalian buka, bagaimana keadaan penduduknya, bagaimana kemajuan masyarakatnya sehingga kita dapat meniru langkah-langkah untuk maju seperti mereka..”

Kisah di atas menjadi bukti bahawa perbandingan sastera telah mula difikirkan sejak saat itu lagi. Kerana sastera memang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Arab walaupun Saidina Umar mempertanya tentang kemajuan kota tentunya hal itu berkait dengan sastera. Perkara ini diperteguhkan lagi dengan adanya catatan-catatan ‘rihlah’ atau pengembaraan oleh bangsa Arab ke negara-negara maju seperti Yunani lama atau ke negara-negara yang mundur seperti, Ross, Bulgar dan sebagainya. Ia juga diperkukuhkan lagi dengan adanya pelbagai terjemahan-terjemahan yang telah dihasilkan.

Namun, saat itu mereka tidak mengatakan kegiatan mereka itu adalah suatu yang dikenal sebagai “perbandingan sastera”. Malah, Perancis di abad ke-18 mendakwa bahawa merekalah pelopor akan bidang ilmu ini. Mereka telah meletakkan tiga perkara utama di dalam bidang ilmu ini :

1. Perbezaan Bahasa sebagai contoh berbandingan antara sastera Arab dan sastera Inggris.

2. Perbezaan Kesusasteraan contoh Ahmad Syauqi dan Sheakspears

3. Kesatuan sejarah atau wujudnya ta’assur dan ta’sir (mempengaruh dan terpengaruh)

Ketika perkara ‘pokok’ yang ditetapkan aliran Perancis ini menjadikan cabang ilmu perbandingan sastera ini sebagai sebuah methode atau kita sebut dengan istilah manhaj. Ilmuan Amerika hadir dengan pendapat yang berbeza. Mereka malah ‘kelihatannya’ lebih licik. Ketiga-tiga perkara utama yang ditetapkan aliran Perancis dihujat. Mereka dengan menggunakan muslihat serigala berbulu domba menggunakan pendekatan ilmiah untuk mengubah manjah ini menjadi suatu strategi atau konspirasi. Mereka melontarkan pelbagai pendapat yang tidak masuk akal dan menggunakan istilah-istilah yang mengelirukan demi mencapai tujuan mereka. Malangnya saya tidak tahu apakah istilah yang tepat yang digunakan dalam bahasa Inggris dan Melayu. Menurut Dr. Muhammad Taha ‘Asr, aliran Amerika khususnya dan Barat umumnya menggunakan istilah seperti, “tahawuriyyah”, “tafa’uliah”, “tanashiah”, “tawazi”, “awlamah” dan yang seumpamanya.

Mereka dengan kelicikkan mereka, memberikan pandangan yang diputarbelitkan sehingga berhujung kepada suatu kesimpulan berbunyi, “karya itu tidak ada nilai kepemilikan!” Ya. Setiap karya yang lahir itu bukan dari individu akan tetapi ia merupakan hasil kerjasama semua pihak. Jadi mereka dengan suka hatinya menafikan usaha yang dilakukan individu. Tentunya mereka ada sasaran tertentu iaitu untuk merampas atau lebih tepatnya mencuri karya orang lain.

Perkara ini terbukti ketika kita menyelidiki apa yang terjadi kepada kisah yang dikarang oleh Ibnu Tufail. Karya unggul beliau yang bertajuk Hay Ibnu Yaqdzon (Hidup Bin Siaga) telah dicuri setelah mengalami proses-proses membaharuan, tambahan tolak dan penulisan ulang. Kisah Hay Ibnu Yaqdzon yang menceritakan tentang seorang yang dibesarkan oleh haiwan dicuri dan kemudian dikenal dengan kisah Tarzan. Mari kita tinggalkan Amerika disini.

Karya unggul lain yang turut menjadi perhatian kita yang merupakan hasil dari methode perbandingan sastera adalah karya Ibnu Muqfiq bertajuk “kalilah wa Dimnah”. Ibnu muqfiq melakukan menulisan ulang terhadap karya “Kalilah wa Dimnah” telah ditulis oleh seorang India. Sebenarnya dia hanya menterjemah, tetapi dia juga telah menambahkan beberapa bab atau sub-bab ke dalam karyanya itu. Dia juga telah menapis dan mengolah beberapa buah fikiran yang memiliki unsur-unsur ‘Hindu’ yang bertentangan dengan Islam dan menggantikannya dengan yang sesuai dengan pendiriannya sebagai seorang muslim. Namun, dia masih menjaga ciri-ciri khas karya asli tersebut. Walaupun demikian, dia masih mengaku dan menghargai karya asal dari Kesusasteraan India dan juga Parsi (Kesusasteraan Parsi turut terlibat dalam karya ini). Kejujuran dan ketulusan inilah yang perlu dicontohi oleh Barat umumnya dan khususnya Amerika. Supaya apa yang terjadi terhadap Hay Ibnu Yaqzon tidak dianggap sebagai curian. Walaupun, Tarzan tidak sama ‘bulat-bulat’ dengan apa yang ditulis oleh Ibnu Tufail tetapi mereka sepatutnya perlu akui sumber asal tersebut sepertimana yang dilakukan Ibnu Muqfiq pada karyanya “Kalilah wa Dimnah”. Toh, pengakuan yang seperti yang dilakukan Ibnu Muqfiq sedikit pun tidak mengurai nilai karyanya. Ini terbukti, apabila karya ulang yang segar itu diterjemahkan kepada puluhan bahasa lain.

Perbincangan di dalam pelajaran ini terus mengalir hinggalah ke perbahasan berkaitan sastera lainnya seperti teater, lagu, atau buat masakini filem dan sebagainya.


Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH